Perkembangan teknologi zaman sekarang sudah tidak asing lagi tanpa mengikut peringkat umur. Baik dari yang muda hingga ke tua. Ini menunjukkan petanda positif bahawa perkembangan teknologi boleh diterima pakai bagi mana-mana pihak. Namun, ada juga bahagian negatif datangnya dari perkembangan teknologi ini, terutamanya telefon.
Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya sudah awal lagi terdedah dengan telefon bimbit. Kanak-kanak seawal usia 3-6 tahun sudah pandai melayari laman web Youtube untuk menonton video kesukaan mereka contohnya, kartun, animasi, permainan dan sebagainya. Namun, penggunaan tanpa pantauan akan beri impak negatif untuk mereka.
Antara kesan negatif pendedahan telefon bimbit kepada kanak-kanak yang berlebihan adalah:
1. TERDEDAH KEPADA BAHAN-BAHAN YANG TIDAK SEPATUTNYA
Kanak-kanak tidak tahu apa-apa mengenai apa yang mereka layar di web tersebut. Lebih-lebih lagi, kebanyakan web sekarang terdapat iklan-iklan yang tidak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak. Secara tidak langsung mereka telah terdedah dan pada masa sama mereka akan terus-menerus akan melakukan melayar web tersebut apabila meningkat dewasa
2. SUKAR TIDUR
Cahaya pada skrin telefon iaitu blue light akan memberi kesukaran kepada anak-anak untuk tidur kerana menyerupai cahaya pada siang hari.Hal ini kerana, cahaya tersebut dapat mengirimkan isyarat pada otak anak dan membingungkan tubuh manusia. Pada waktu malam, anak menjadi sukar untuk tidur
3. KURANG BERGERAK
Anak-anak kecil yang sudah menjangkau usia 3-6 tahu sepatutnya di dedahkan kepada aktiviti luar seperti berlari, mengenal kawan baharu, bermain dan sebagainya. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain telefon bimbit yang sudah pasti hanya duduk diam, dan ini tentu memiliki kesan buruk buat anak. Tumbesaran boleh terganggu yang membantu anak membesar dengan kuat dan sihat akibat penggunaan telefon bimbit yang terlalu lama ini.
4. LETIH DAN SAKIT
Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Selain itu, terlalu lama bermain telefon pintar menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh, seperti pada bahu, leher, punggung, tangan dan jari.
6. KEBOLEHAN UNTUK MEMBERI KONSENTRASI YANG LEMAH
Terlalu lama menggunakan gajet dapat membuat seseorang sukar fokus dalam jangka waktu lama pada sesuatu. Hal ini kerana anak-anak sudah terbiasa bermain telefon bimbit pada masa yang lama dan fikirannya terlalu ke arah bermain telefon.
7. KEKURANGAN UNTUK BERSOSIAL DAN BERGAUL
Pengguna gajet tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Hal ini kerana, emosi di media sosial adalah tidak sama apabila bersua muka.
Terdapat banyak lagi kesan negatif jika anda membiarkan anak anda tanpa pantauan. Cegah sebelum terlambat, luangkan masa bersama mereka kerana melentur buluh hendaklah dari rebungnya.