Harga sesebuah iPhone sememangnya hangat diperkatakan setiap tahun. Setiap tahun, harga sebuah iPhone yang baru dilancarkan semakin mahal.
Hal ini menyebabkan peminat dan pengguna tidak lagi berminat untuk mendapatkan iPhone yang baru. Hati kata mahu, poket malu-malu. Hal ini membuatkan jualan iPhone kian menjunam, lantas CEO Apple, Tim Cook mengumumkan untuk menurukan harga iPhone untuk beberapa buah negara.
Dengan harga mencecah RM5000 sebuah, adakah anda rasakan iPhone sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki?
Berbaloi…
1. Sekiranya anda pentingkan sistem operasi yang paling selamat, pantas, lancar. Dan sistem operasi iOS mampu menyokong iPhone sehingga 4 tahun, berbanding kebanyakan peranti Android kelas flagship hanya mendapat sokongan selama 2 tahun sahaja.
2. Mementingkan ekosistem iOS dan Mac OS yang saling bermutuliasme. Hal ini tidak terdapat pada sistem operasi Windows mahupun Android.
Tidak berbaloi…
1. Sekiranya anda mementingkan spesifikasi tinggi. Kerana iPhone tidak akan menawarkan spesifikasi lebih tinggi berbanding peranti flagship Android.
2. Harga mencecah RM5000, namun tiada plug pengecasan pantas. Sekiranya anda mempertimbangkan hal ini, sudah tentu iPhone tidak berbaloi buat anda.
3. Tambah sikit duit lagi, anda sudah boleh mendapatkan motosikal Yamaha Y15ZR.
Jadi, gunakanlah wang anda sebaiknya. Tiada gunanya anda melabur sebanyak RM5000 untuk sebuah iPhone, tapi anda gunakan untuk selfie di hadapan cermin sahaja.
Sumber : https://xpertjb.my