1. OIS
OIS bermaksud “optical image stabilizer”. OIS bukanlah sejenis perisian, sebaliknya sejenis perkakas (hardware) yang dimuatkan di dalam modul kamera yang berfungsi untuk menstabilkan gambar dan video. Apabila kamera distabilkan, gegaran pada imej dan video dapat dikurangkan atau dinyahkan.
2. EIS
EIS pula adalah “electronic image stabilizer”. Fungsinya sama seperti OIS, namun ia tidaklah sehebat OIS kerana EIS bukan sejenis perkakas, sebaliknya hanya penstabil imej yang bersifat perisian.
3. PDAF
PDAF adalah sejenis sensor yang mengesan subjek yang bergerak. Imej yang bergerak dapat difokuskan dengan lebih pantas. Maksud PDAF adalah “phase detection auto focus”.
4. Zoom Optikal
Atau lebih dikenali sebagai “optical zoom”. Zoom optikal membuatkan subjek nampak lebih dekat. Zoom optikal ini berfungsi secara mekanikal, dan bukan secara digital. Justeru, zoom optikal ini menghasilkan imej lebih baik berbanding zoom digital. Kebiasaannya, fon terkini dapat membuat 2x optikal zoom dengan imej yang dihasilkan tidak pecah.
5. Mega Pixel
Mega Pixel sering disalahertikan sebagai faktor utama kecantikan sesuatu gambar. Mega pixel adalah resolusi sesebuah kamera. Contohnya kamera 12MP mempunyai 12 juta piksel. Mega Pixel bukanlah faktor utama kualiti sesuatu gambar.
Artikel : XPERTJB