Skrin adalah antara komponen paling utama bagi sesebuah telefon pintar. Skrin juga merupakan komponenan yang paling banyak menggunakan tenaga eletrik yang terkandung di dalam bateri. Skrin juga lah yang dipandang ketika menonton video, melayari media sosial, membaca, dan sebagainya. Maka, pemilihan jenis skrin yang betul adalah amat penting, supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Berikut merupakan petua pemilihan jenis panel skrin serta teknoligi yang terdapat pada skrin telefon pintar.
1. JENIS PANEL
Panel yang sering digunakan pada telefon pintar pada hari ini, lazimnya terdapat 2 jenis, iaitu panel OLED dan LCD. Panel OLED lebih cantik, warnanya lebih pekat. Namun, kosnya amat tinggi jika perlu diganti. Manakala LCD pula adalah jenis skrin yang semakin baik dari tahun ke tahun, meskipun masih belum dapat menandingi kecantikan skrin OLED. Namun begitu, skrin LCD jauh lebih murah kosnya jika berlaku kerosakan.
2. KADAR SEGAR SEMULA
Skrin dengan kadar segar semula 60Hz adalah sudah ketinggalan zaman pada tahun 2021. Skrin dengan kadar segar semula tinggi adalah satu keperluan supaya kita boleh melayari media sosial dengan lebih selesa. Maka, fon dengan kadar segar semula minimum 90Hz adalah pilihan yang ideal. Kadar segar semula 120Hz juga satu pilihan yang lebih baik. Namun, harus diingat, lebih tinggi kadar segar semula, lebih banyak bateri digunakan bagi tujuan ini.
3. RESOLUSI
Tidak syak lagi, resolusi skrin 720p amatlah ketinggalan zaman. Bayangkan, kita menonton video YouTube pada resolusi 720p sahaja, yang mana video pada resolusi ini tidak begitu tajam, dan tidak membawa maklumat yang mencukupi. Fon kelas rendah, pertengahan, mahupun kelas premium dengan resolusi 1080p adalah yang paling relevan. Skrin 2K bukanlah keperluan yang nyata. 1080p sudah mencukupi untuk bermain permainan video, melayari media sosial, dan menonton video YouTube dengan lebih jelas.
4. KECERAHAN
Kecerahan skrin diukur dengan nilai ‘nit’. 800 nit, 1000 nit, atau 1200 nit adalah pilihan yang amat ideal. Lebih tinggi nilai nit tersebut, lebih cerah skrin itu. Apabila skrin itu lebih cerah, skrin tersebut akan bekerja di bawah cahaya matahari tanpa sebarang masalah kemalapan. Kebanyakan fon kelas pertengahan pada hari ini sudah pun menawarkan skrin berkecerahan tinggi.
5. SKRIN YANG TIDAK MELENGKUNG
Kebanyakan jenama Android mula ‘insaf’ dan sedar bahawa skrin melengkung bukanlah satu keperluan. Sebaliknya, skrin melengkung memberikan masalah untuk mendapatkan pelindung skrin yang baik, serta meningkatkan kos penghasilan sesebuah fon. Samsung Galaxy S21 dan OnePlus 9 misalnya sudah menggunakan skrin rata pada tahun ini, yang mana pada tahun sebelumnya, fon yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini menggunakan skrin melengkung yang mendapat rungutan daripada pengguna.